Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Korek Pasir Muara Sungai...

PUTRAJAYA - Aktiviti mengorek pasir di muara Sungai Puyu, Pasir Panjang, Seri Manjung,...

Netizen Perlekeh Bakat, Nita...

AJAL maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Kita sebagai manusia biasa...

Liwat Sembilan Pelajar, Pengetua...

KUALA LUMPUR – Seorang guru agama, yang merupakan pengetua sebuah pusat tahfiz di...

Anggota Polis Didakwa Bunuh...

KOTA TINGGI - Seorang anggota polis berpangkat koperal didakwa di Mahkamah Majistret di...

Laporan Pasukan Khas Tangani Isu Felda Siap

PUTRAJAYA – Laporan Pasukan Khas Menangani Isu Felda telah siap untuk dibentangkan kepada Kabinet, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ia disiapkan selepas beberapa sesi libat urus diadakan termasuk bersama pihak pengurusan Felda.

“Kita hampir ke penghujung…kita dalam proses untuk pergi kepada Kabinet dan membincangkan perkara itu dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perbincangan Meja Bulat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC)-Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pembasmian Kemiskinan dan Menangani Kerentanan dalam Normal Baharu di sini.

Laporan pasukan khas tersebut dibuat susulan pembentangan kertas putih Ke Arah Kelestarian Felda di Parlimen pada April tahun lepas.

Mustapa berkata laporan itu telah dikemukakan oleh pengerusi pasukan khas berkenaan, Tan Sri Abdul Wahid Omar.


“Pelbagai cadangan telah dibuat, tapi yang penting adalah untuk dua perkara iaitu menyelesaikan beberapa masalah jangka pendek khususnya aliran tunai yang dihadapi Felda serta memastikan ia menjadi sebuah organisasi yang lestari,” katanya.

Beliau berkata bagi merealisasikan dua perkara tersebut, penting untuk meneliti model baharu Felda.

Pada Julai lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan penubuhan pasukan petugas khas bagi mencari kaedah terbaik untuk memastikan kemapanan kewangan dan kelestarian Felda. – BERNAMA

Kategori