Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

ISN Kecewa Tindakan Penembak...

KUALA LUMPUR - Institut Sukan Negara (ISN) melahirkan kekecewaan terhadap tindakan tiga penembak...

4 Presiden Komponen BN...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman daripada UMNO dan presiden...

Telur Ikan Goreng Berempah...

Telur Ikan Goreng Berempah. Terlajak sedap! Selain telur ikan, boleh juga menggunakan daging...

Penubuhan JKNMPP Bukti Ketelusan...

GEORGE TOWN - Penubuhan jawatankuasa khas mengenai pembiayaan politik membuktikan Perdana Menteri Datuk...

Malaysia Mahu Perubahan PBB Untuk Tamatkan Konflik

KUALA LUMPUR – Malaysia mahukan penambahbaikkan dan perubahan pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerana ramai yang masih menderita akibat konflik, yang masih berlaku di beberapa bahagian di seluruh dunia.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PBB boleh dikatakan gagal untuk menyelamatkan beberapa generasi pewaris daripada kesengsaraan akibat peperangan.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terus kekal sebagai satu-satunya institusi global yang kita anggap milik semua.

“Walaupun kita akui yang organisasi ini telah dengan agak baik dalam banyak perkara di sepanjang 75 tahun penubuhannya, terutamanya dalam mempromosikan pembangunan sosial dan ekonomi, kita perlu jujur dan mengakui yang PBB  boleh dikatakan gagal menyelamatkan beberapa generasi pewaris daripada kesengsaraan peperangan,” katanya.

Muyhiddin berkata demikian ketika menyampaikan pendirian rasmi Malaysia di mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bersempena ulang tahun ke-75 UNGA.

Ini merupakan ucapan sulung Muhyiddin di UNGA sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada Mac tahun ini. Mesyuarat ini dilaksanakan secara maya disebabkan pandemik COVID-19 dan ucapannya itu telah diprarakamkan di pejabatnya di Putrajaya. – BERNAMA

Kategori