Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

2 Lelaki Maut Dihempap...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut dihempap pokok ketika berkhemah di Hutan Taman...

Bekas Pegawai Najib Minta...

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat Ketua Hakim Negara, Tun...

Azmin Percaya Pakatan Masih...

KUALA KRAI - DAP mungkin telah mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud...

Jangan Bimbang Keselamatan Peserta...

KUALA LUMPUR - Ibu bapa diminta tidak bimbang mengenai tahap keselamatan peserta Latihan...

Osman Sapian Masih Ahli Bersatu – Hamzah

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian masih kekal sebagai ahli Bersatu, kata Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata buat masa ini, Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini, dan belum lagi dikenakan sebarang tindakan.

“Kalau dia mengaku ‘cross the floor’ (menyertai parti lain) maka keahlian terhenti. Buat masa ini, dia bukan cross the floor. Jadi dia akan dipanggil untuk membantu siasatan. Biasanya siasatan akan ambil masa,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Media mendakwa sewaktu PRK DUN Slim, Osman turun berkempen membantu calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas pengerusi Bersatu.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas ketika dihubungi turut senada dengan Hamzah dan berkata pihaknya akan memanggil Osman untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tuduhan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Penjelasan oleh Hamzah dan Megat Najmuddin itu susulan laporan media hari ini yang menyebut keahlian Osman terhenti secara automatik selepas didapati melanggar Perkara 10.2.3 perlembagaan parti iaitu membantu kempen parti lawan. – BERNAMA

Kategori