Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Koleksi Setem Khas Rai...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini mengeluarkan koleksi setem...

Wanita Dirogol Ketika Mahu...

WANITA muda ini bercadang mahu membunuh diri selepas berpisah dengan suaminya. Namun malangnya...

Mayat Kanak-Kanak 6 Tahun...

PORT DICKSON - Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang hilang ketika berkelah bersama...

Anti G20: Pertumpahan Darah...

DEMONSTRASI aktivis bukan isu baharu setiap kali berlangsungnya Sidang G20. Pecinta kemanusiaan, aktivis...

Pendaftaran Perikatan Nasional Sudah Lulus 7 Ogos

KUALA LUMPUR – Parti Perikatan Nasional (PN) sudah didaftarkan dengan sijil pendaftaran bernombor PPM-019-14-07082020 yang dilulus dan ditandatangani Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkuat kuasa pada 7 Ogos lalu.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dalam kenyataannya, berkata PN didaftarkan di bawah Kategori Politik, selaras peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Sijil Pendaftaran, logo dan Perlembagaan parti ditandatangani dan dikemukakan kepada PN, sejurus pendaftaran gabungan itu diluluskan.

Sehubungan itu, JPPM menegaskan, kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menyatakan ‘PN Tiada Rekod Daftar Parti’ sebagai tidak berasas sama sekali.

“Dakwaan maklumat kelulusan PN tidak terdapat dalam sistem JPPM adalah tidak benar kerana kelulusan sesebuah pertubuhan dikemaskini secara automatik setiap dua bulan.

“Kelulusan PN hanya akan tertera dalam carian umum laman sesawang JPPM pada awal Oktober ini. Ia memandangkan PN diluluskan pada Ogos lalu,” katanya. – BH Online

Kategori