Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kisah Dramatik Nelayan Selamatkan...

DALAM satu insiden yang disifatkan sebagai satu keajaiban, seorang nelayan New Zealand menyelamatkan...

Bekalan Vaksin Cukup Bagi...

PUTRAJAYA - Bekalan vaksin Covid-19 bagi program pemberian dos ketiga (dos penggalak) dan...

Kelantan Perlu Dana Untuk...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Subang Wong Chen mahu kerajaan pusat menyalurkan dana...

Rakam Serbuan, Tangkapan Oleh...

KUALA LUMPUR: Tindakan merakam video atau membuat siaran secara langsung atau 'live' menggunakan...

PKPP: 608 Ditahan Di Kelab Malam, Pub Semalam

KUALA LUMPUR – Aktiviti dalam pub dan kelab malam masih menjadi kesalahan tertinggi dicatatkan apabila 608 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu merekodkan sebahagian besar jumlah keseluruhan 763 individu yang ditahan kerana melanggar arahan PKPP, semalam.

Kesalahan lain ialah gagal menyediakan peralatan/catatan keluar masuk (6), aktiviti menyukarkan penjarakan fizikal (63), tidak memakai pelitup muka (22), private party (pesta persendirian) (27), premis beroperasi lebih masa (1).

Premis beroperasi tanpa lesen (1), perjudian sabung ayam (10), disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian (12), ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD – 12) dan aktiviti-aktiviti lain (1), katanya dalam kenyataan berkaitan perkembangan PKPP di sini hari ini.

Bagi Op Benteng, beliau berkata 71 pendatang tanpa izin, tiga tekong dan seorang penyeludup ditahan melalui operasi tersebut.

Ismail Sabri berkata daripada jumlah itu, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menahan 10 migran kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah di Padang Mulud, Bandar Penawar, Johor.

“Sebanyak 79 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksana semalam yang melibatkan PDRM (57 SJR),  Anggota Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM-10 SJR) dan ATM (12 SJR),” katanya.


Sementara itu, Ismail Sabri berkata sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 28,508 individu telah pulang ke tanah air dan ditempatkan di 73 hotel dan lapan premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta institusi pengajian tinggi swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, beliau berkata seramai 10,359 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 69 lagi dihantar ke hospital untuk rawatan dan 18,080 individu telah discaj dan dibenarkan pulang.

Beliau memaklumkan sejak 30 Mac lepas, kerajaan telah melakukan 9,937 operasi sanitasi awam merangkumi 134 zon.

Ia melibatkan 12,994 premis terdiri daripada 2,711 pusat perniagaan, 5,717 bangunan kerajaan, 1,599 kawasan perumahan termasuk Program Perumahan Rakyat, 2,613 tempat awam dan 354 pasar raya, katanya. – BERNAMA

Kategori