Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Penggantungan Pemain Hoki Negara...

KUALA LUMPUR: Keputusan menggantung pemain hoki negara, Hanis Nadiah Onn dari mewakili pasukan...

Ribut Petir Ketika Ini...

KUALA LUMPUR - Keadaan hujan lebat dan ribut petir melanda kebanyakan kawasan pantai...

Mayat Ditemukan Berbungkus Permaidani...

Gua Musang : Mayat lelaki yang ditemukan berbungkus dengan permaidani dan diikat dengan...

Adakan Perlawanan Tinju Saya...

PETALING JAYA - Selepas beberapa siri perang mulut, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail...

PM Seru Rakyat Tolak Tindakan Jejas Kestabilan Politik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyeru rakyat menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan dengan baik pada masa ini.

Beliau berkata, apa yang perlu adalah sebuah kerajaan yang stabil dan teguh dengan sokongan rakyat supaya lebih banyak inisiatif memulihkan ekonomi dan membantu rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Saya ingin mengajak saudara dan saudari sekalian supaya bersama-sama dengan saya dan rakan-rakan dalam Kerajaan Perikatan Nasional untuk mengemudi negara dalam keadaan kita masih berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan pada masa ini.

“Pengumuman yang saya buat pada hari ini menandakan Kerajaan Perikatan Nasional mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian.

“Kita cuba sedaya upaya untuk membantu rakyat menghadapi detik yang sukar ini,” katanya dalam pengumuman khas Kerangka Inisiatif Tambahan Khas (Kita Prihatin) yang disiarkan secara langsung hari ini. – BERNAMA

Kategori