Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Singapura Caj Parkir Dalam...

ALAHAI... Sudahlah bayar parkir pada Ahad dan cuti umum, Singapura kali ini gempar...

Koronavirus: Waris Penerbangan Khas...

PUTRAJAYA - Waris kepada 141 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China...

PFAM Sampai Sumbangan Kepada...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini menyampaikan...

Jangan Jadi Barua, Khianat...

Port Dickson: Mereka disifatkan pengkhianat negara apabila dikesan aktif membawa masuk Pendatang Asing...

Polis Jamin Siasat Menyeluruh Kematian Anggota ATM

JOHOR BAHRU – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor memberi jaminan akan menyiasat kes kematian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Batu Pahat kelmarin, secara terperinci dan menyeluruh. 

Abdul Aziz Aznam, 20, sebelum ini dilaporkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, selepas didakwa cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di Kem Majidee, Batu Pahat, 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan berhubung kematian Abdul Aziz akan dibuat secara lebih terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematian anggota tentera terbabit. 

“Sebelum ini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun kini JSJ Johor mengambil alih siasatan yang akan dibuat daripada segala aspek dan sudut. 

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian Abdul Aziz selain menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi. 

Semalam media melaporkan, Allahyarham Abdul Aziz menghembus nafas terakhir pada jam 2.30 petang Ahad, selepas sembilan hari mendapat rawatan di ICU HSNI akibat kecederaan parah di kepala dan badan.


Anggota tentera itu dipercayai bertindak terjun dari bangunan berkenaan akibat tidak tahan menjadi mangsa buli di kem terbabit.

Abang mangsa, Mohamad Amirulnaim sebelum ini dilaporkan berkata, arwah pernah menyatakan hasrat berhenti daripada berkhidmat dalam pasukan tentera kerana tidak tahan berikutan ‘ragging’.

Mohammad Amirulnaim dilaporkan berkata, mereka sekeluarga menyerahkan kepada polis sepenuhnya, namun meletakkan harapan tinggi supaya kematian adiknya itu terbela.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan, Perak pada jam 2.30 pagi tadi. – myMetro Online

Kategori