Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Tikus Raksasa’ Ditangkap Di...

GEMPAR dunia internet semalam apabila gambar didakwa tikus 'raksasa' yang ditangkap di Subang Jaya...

Anwar Lucut Kelayakan Anggota...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini lucut kelayakan sebagai seorang...

Pesuruhjaya PAS Sarawak Meninggal...

KUCHING - Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid, 66, meninggal dunia pada 3.20 pagi...

Malaysia Belasah Kazakhstan 16-2...

JAKARTA - Malaysia membelasah pasukan kerdil, Kazakhstan 16-2 pada aksi pembukaan Kumpulan B...

PRN Sabah: Proses Pengundian Awal Bermula

KOTA KINABALU – Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sabah bermula 8 pagi ini bagi membolehkan 16,877 anggota polis, tentera dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing di 55 pusat mengundi di seluruh negeri.

Proses pengundian awal itu berlangsung sehingga 5 petang ini.

Pusat pengundian awal termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Teluk Sepanggar dan Kem Lok Kawi, di sini.

Pengundi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mencegah penularan COVID-19 seperti memakai pelitup muka, saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal dan menggunakan pensanitasi tangan.

Ejen calon dan pemerhati pilihan raya yang dilantik SPR dibenar menyaksikan proses pengundian awal itu, yang akan turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook SPR. – BERNAMA

Kategori