Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

‘Usain Bolt Malaysia’ Pecah...

PELARI yang diberi jolokan ‘Usain Bolt Malaysia’, Azeem Fahmi terus cemerlang pada Kejohanan...

Mencari Keberkatan Dalam Pekerjaan

KEBAHAGIAAN dan kesenangan hakiki bukanlah diukur berasaskan nilaian wang ringgit mahupun harta yang...

Sanggup Tangguh Bulan Madu...

HANYA satu perkara lebih baik berbanding menikmati percutian bulan madu iaitu beraksi di...

Kunci Tayar: Pekerja Parkir...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengunci tayar sebuah kereta, seorang pekerja parkir bertingkat Hospital...

Saringan Covid-19 Di KLIA, KLIA2 Sesak

KUALA LUMPUR – Jumlah petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan peralatan saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 akan ditambah bagi mengurangkan kesesakan proses saringan terhadap individu yang tiba dari Sabah.

KKM menerusi Twitter memaklumkan susulan terdapat aduan kesesakan proses saringan Covid-19, Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk menambah bilangan petugas dan peralatan bagi melancarkan proses saringan.

“Masalah kesesakan akan diselesaikan segera dengan penambahan peralatan dan petugas,” katanya.

Terdahulu, Dr Adham bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meninjau proses saringan Covid-19 yang dilakukan kakitangan KKM di KLIA dan KLIA2, awal pagi tadi.

Sementara itu, Malaysia Airports menerusi kenyataan di Twitter, merakamkan penghargaan kepada Dr Adham dan Dr Noor Hisham terhadap dedikasi dan komitmen mereka bagi memastikan semua langkah keselamatan dan prosedur ujian berjalan lancar.

Pada Sabtu, Dr Noor Hisham berkata, bermula semalam hingga 10 Oktober, individu yang pulang dari Sabah diwajibkan menjalani saringan Covid-19 serta diarahkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO). – BERNAMA

Kategori