Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bunuh Siti Kharina: Polis...

SHAH ALAM - Polis Selangor tidak akan berkompromi dengan masalah pendatang asing tanpa...

Pelakon Berstatus Janda Ditangkap...

Kuala Lumpur - Seorang pelakon berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan...

Malaysia Simpati Kematian Kayla...

KUALA LUMPUR - Malaysia bersimpati dengan nasib warga Amerika Syarikat (AS), Kayla Mueller...

4 Maut Dalam Kemalangan...

GUA MUSANG - Empat lelaki terbunuh selepas kereta yang mereka dinaiki merempuh sebuah...

“Saya Masih Perdana Menteri” – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan hendaklah dibuktikan melalui proses ditentukan Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin berkata, beliau mengambil maklum kenyataan Anwar yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Menurutnya, dakwaan itu hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. 

“Tanpa melalui proses itu, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.

“Sehingga dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Muhyiddin berkata, beliau memohon supaya rakyat bertenang menghadapi situasi ini.

“Insya-Allah, isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Kategori