Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sabah Lakukan Pengurusan Kewangan...

KOTA KINABALU - Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin memuji kerajaan negeri...

Felda Travel Tawar Pakej...

BAGI mengimbau kembali nostalgia sejarah Islam di bumi Anbiyya', Felda Travel selaku syarikat...

Filem Mat Kilau Atasi...

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari...

Kecoh Anwar dan Azmin,...

SEMUA mata pengamat politik kini tertumpu pada pertandingan dalam PKR yang menemukan Mohd...

SPRM Masih Kaji 101 Projek Rundingan Terus PH

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengkaji jika ada unsur salah guna kuasa, berhubung projek rundingan terus yang diluluskan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Azam Baki, berkata SPRM belum membuka kertas siasatan isu itu kerana bukan mudah untuk mengenal pasti syarikat yang terbabit dengan rasuah dan salah guna kuasa dalam projek berkenaan.

“Perlu diingatkan bahawa bidang kuasa kami untuk menyiasat salah guna kuasa. Apa yang dimaklumkan itu berkaitan sesuatu perkara yang dibuat kerajaan PH dahulu tapi dalam Parlimen tidak disebut mengenai isu salah guna kuasa atau rasuah.

“Jadi, kami masih lagi mengkaji 101 projek ini. Kami tidak boleh memberi komen lanjut,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada forum “Liabiliti Korporat: Adakah Anda Berisiko?” di sini, hari ini.

Pada 24 Ogos lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat mendedahkan mengenai kerajaan PH meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus, ketika memerintah sebelum ini. – BH Online

Kategori