Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Anak Melayu ‘Pukau’...

MEMUKAUā€¦ Sebuah video memaparkan seorang lelaki berbangsa melayu menyanyi dalam satu rancangan realiti...

PAN Selangor Minta Pakatan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) Selangor mahu pimpinan Pakatan Harapan membuat...

Penjawat Awam N.Sembilan Dapat...

SEREMBAN - Kesemua 6,495 penjawat awam di negeri ini akan menerima sagu hati...

Azmin Hanya Boneka DAP,...

GEMPUR... Tan Sri Muhammad Muhd. Taib bersedia kerjasama dengan seorang lagi bekas menteri...

Tak Perlu Ambil Tindakan Terhadap LTTE – Mahathir

PUTRAJAYA – Tidak perlu sebarang tindakan diambil kerajaan terhadap Harimau Pembebasa Tamil Elam (LTTE) melainkan kumpulan itu melakukan perbuatan menyalahi undang-undang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, LTTE yang dilabel sebagai pengganas adalah di Sri Lanka.

“Masalah yang berlaku di Sri Lanka, bukan kita (Malaysia),” katanya.

Mengambil contoh kumpulan Hamas yang label sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat dan dunia, Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, beliau tidak akan berjumpa dengan pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh.

“Kalau mereka pengganas takkanlah saya datang jumpa ketua merekaā€¦berbincang soal perjuangan?

“Saya nak terangkan bahawa kita tak perlu cari masalah. Tidak ada masalah buat apa nak cari masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung sepucuk surat untuk mengeluarkan LTTE daripada senarai pengganas tular di media sosial.


Pada minggu lalu, sebuah portal melaporkan surat bertarikh 12 Februari 2020 dipercayai ditulis Dr Mahathir ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri agar mengeluarkan LTTE dari senarai kumpulan pengganas.

Namun pada 11 Ogos, menjawab pertanyaan Leong Jee Keen (PH-Selayang) di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, KDN masih mengklasifikasikan LLTE sebagai pengganas.

Isu LTTE menjadi tumpuan ramai apabila 12 individu termasuk dua ADUN diheret ke mahkamah atas tuduhan memberi sokongan dan memiliki item berkaitan kumpulan itu.

Bagaimanapun kesemua yang terlibat dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas pihak pendakwaan tidak berhasrat meneruskan prosiding. – Sinar Harian

Kategori