Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Bazar Ramadan Termasuk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memutuskan tiada sebarang bentuk penganjuran bazar...

Inisiatif Baharu Perkukuh Keselamatan...

TAWAU - Kementerian Pertahanan akan melaksanakan inisiatif baharu bagi memperkukuhkan lagi keselamatan di...

Empat Lelaki Warga Afrika...

KUALA LUMPUR - Empat lelaki warga Afrika ditahan dalam operasi Ops Lusuh oleh...

Lebuhraya Pan Borneo Bukti...

SERIAN - Lebuhraya Pan Borneo bernilai lebih RM16 bilion menjadi bukti kesungguhan kerajaan...

Tiada Sebab Layan Tuntutan Filipina Terhadap Sabah

KOTA KINABALU – Berunding dengan Filipina mengenai tuntutan ke atas negeri Sabah bermakna Malaysia mengakui bahawa tuntutan itu mempunyai asas, kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Justeru, beliau berkata tiada sebab untuk Malaysia berunding dengan Filipina mengenai tuntutan ke atas negeri Sabah kerana negara ini tidak mengiktiraf tuntutan tersebut.

“Sebelum ini saya telah tegaskan banyak kali, tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan dan Sabah milik Malaysia buat selama-lamanya.

“Perlu difahami, tuntutan Filipina (ke atas Sabah) bukan sahaja tidak berasas malah langsung tidak relevan. Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan tersebut,” menurutnya menerusi kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

Hishammuddin berkata pendirian Kerajaan Malaysia tetap kukuh iaitu tidak akan berunding atau melayan tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah. – BERNAMA

Kategori