Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kanak-Kanak Diikat Pada Pokok...

KEJAM…dua kanak-kanak lelaki kurang upaya di India telah diselamatkan selepas mereka diikat di...

3 Negeri, 5 Daerah...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Sabah,...

1MDB Modal Pembangkang Yang...

KUALA LUMPUR - Pembangkang masih sibuk dengan isu 1MDB kerana kekeringan isu untuk...

Sultan Johor Gesa Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggesa pemimpin negara segera...

Vaksin COVID-19 Mesti Boleh Diakses Semua Negara – PM

KUALA LUMPUR – Vaksin COVID-19 apabila ditemukan, mesti boleh diakses oleh semua negara dan orang ramai, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika menyampaikan pendirian rasmi Malaysia di mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bersempena ulang tahun ke-75 UNGA, beliau berkata dalam aspek itu tidak sepatutnya ada sebarang bentuk diskriminasi. 

“Kita perlu ingat oleh kerana COVID-19 tidak mendiskriminasi, respons kita juga sepatutnya begitu,” katanya.

Tambah Muhyiddin, virus merbahaya itu telah meragut banyak nyawa dan telah mendedahkan kapasiti sebenar dan keberkesanan sistem penjagaan kesihatan.

Beliau berkata, ia juga memberikan impak yang sama besar terhadap sosio-ekonomi.

Ini merupakan penampilan sulung Muhyiddin pada UNGA selepas menjadi Perdana Menteri pada Mac tahun ini. Mesyuarat ini dilaksanakan secara maya disebabkan pandemik COVID-19 dan ucapannya itu telah diprarakamkan di pejabatnya di Putrajaya. – BERNAMA

Kategori