Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sepang Aircraft Engineering Kini...

KUALA LUMPUR - Syarikat industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), Sepang Aircraft...

Anak Patung Barbie Kini...

TEGUH... Barbie yang popular dalam kalangan kanak-kanak perempuan kini berusia genap 60 tahun...

MISC Catat Untung Bersih...

KUALA LUMPUR - MISC Bhd mencatatkan untung bersih lebih rendah iaitu sebanyak RM341.0...

Wanita OKU Dirogol Bergilir-Gilir...

KUANTAN - Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) menjadi mangsa pemuas nafsu serakah...

260 Kes Baharu Covid-19

KUALA LUMPUR – Sebanyak 260 kes baharu direkodkan hari ini sekali gus merekodkan kes harian kedua tertinggi pernah dicatatkan di negara ini.

Jumlah ini menjadikan keseluruhan kes kepada 11,484 dengan kes aktif sebanyak 1,334.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 260 kes baharu direkodkan, hanya satu kes import direkodkan dari United Kingdom membabitkan pengembara bukan warganegara dilaporkan di Kuala Lumpur.

“Daripada 259 kes penularan dalam negara, 118 kes dilaporkan di Sabah, Kedah (98 kes), Kuala Lumpur (13 kes), Selangor (13 kes), Johor (lima kes), Putrajaya (lima kes), Terengganu (dua kes), Perlis (dua kes), Melaka (satu kes), Pahang (satu kes) dan Pulau Pinang (satu kes).

“Daripada jumlah itu, 130 kes membabitkan individu tempatan, manakala 129 individu bukan warganegara dengan 31 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sekali gus menjadikan jumlah kes mempunyai sejarah ke negeri terbabit adalah 119 kes,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.


Dr Noor Hisham berkata, terdapat 20 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 47 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 10,114 kes atau 87.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 136 kes atau 1.18 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Kategori