Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jenazah Ketua Polis Kelantan...

BACHOK - Jenazah Allahyarham Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail selamat...

Penerjun Negara, Pandelela Rinong...

PENERJUN negara Pandelela Rinong terbabit dalam kemalangan di Jalan Mahameru arah Sentul berhampiran Bangunan...

Hakim Gantung Larangan Niqab...

TORONTO - Hakim Kanada, semalam menggantung sebahagian daripada undang-undang Quebec yang melarang penduduk...

CCTV PPIM Beri ‘Klu’...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa sebelum kebakaran menimpa Pusat...

4 LRA Sungai Selangor Ditutup 6 Kali Tahun Ini

SHAH ALAM – Empat loji rawatan air (LRA) dikendalikan Air Selangor Sdn Bhd, iaitu Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas enam kali tahun ini ekoran pencemaran sungai.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata, henti tugas 4 LRA itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual kepada kira-kira 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang.

Katanya, tanggungjawab Air Selangor hanyalah sebagai pengendali bekalan air dan membuat pemantauan di muka sauk bagi memastikan bekalan air mentah bersih disalurkan kepada pengguna.

Tetapi, beliau berkata, penguatkuasaan terhadap pencemaran sumber air mentah di bawah bidang kuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan beberapa agensi berkaitan.

“Tugas kami apabila ada pencemaran (bekalan air mentah) adalah menghentikan operasi (LRA) dan mencuba sedaya upaya memberi maklumat secepat mungkin kepada pengguna,” katanya selepas pengagihan air minuman kepada penduduk Rimba Jaya di sini, semalam.

Suhaimi berkata, setakat 4.30 petang semalam, 55 peratus atau 715 daripada 1,292 kawasan sudah menerima bekalan air sepenunya, susulan gangguan bekalan air tidak berjadual sejak kelmarin.


“Sebanyak 577 kawasan masih terjejas dan dalam proses pemulihan bekalan air. Kami sedang memaksimumkan usaha menyalurkan bekalan air kepada lokasi terjejas.

“Pihak kami menyasarkan masa pemulihan sepenuhnya untuk semua 1,292 kawasan ialah 8 pagi Khamis.”

Katanya, 129 lori tangki air dikerahkan ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan kawasan perumahan.

Seramai 1,196,457 pemegang akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, selepas 4 LRA Sungai Selangor dihenti tugas ekoran pencemaran bau pada Isnin lalu. – BERNAMA

Kategori