Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Sasterawan Negara, Abdullah Hussain...

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, 94, meninggal dunia akibat sakit tua...

8,125 Individu Ditahan Ingkar...

PUTRAJAYA - Seramai 8,125 individu ditahan setakat ini kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan...

Israel Bina Tembok ‘Apartheid’...

ZALIM... Sebuah lebuh raya baharu yang pisah laluan antara Palestin dan Israel dengan...

Malaysia ‘Boikot’ Final Takraw...

BANGKOK - Perlawanan akhir Piala Raja Thai Kejohanan Sepaktakraw Sedunia ke-31 di ibu kota...

62 Daripada 230 Kluster Covid-19 Jangkitan Di Tempat Kerja

KUALA LUMPUR – Sebanyak 62 kluster iaitu 30 peratus daripada keseluruhan 230 kluster Covid-19 di negara ini berkaitan jangkitan di tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini, terdapat 37 kluster tempat kerja yang masih aktif termasuk dua kluster baharu yang diumumkan pada hari ini.

“Tindakan proaktif majikan menjalankan saringan Covid-19 kepada pekerja membolehkan pengesanan kes positif yang tidak bergejala dalam kalangan warga kerja dan seterusnya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam dengan segera.

“Ini sekali gus dapat membendung penularan jangkitan dalam komuniti seterusnya melindungi kumpulan berisiko tinggi, warga emas dan kanak-kanak.

“KKM berterima kasih dan menghargai majikan serta syarikat swasta yang sama-sama membantu mengekang penularan Covid-19 di kalangan warga kerja,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Selain tindakan proaktif majikan, Dr Noor Hisham berkata, pekerja juga mempunyai peranan besar dalam membantu KKM membendung penularan Covid-19 di tempat kerja dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan. – myMetro Online

Kategori