Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

10 Kes Baharu Covid-19...

SEPULUH kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis...

Kualiti Udara Singapura Kekal...

SINGAPURA - Jerebu masih menyelubungi Singapura hari ini walaupun keadaan bertambah baik pada...

MB Pahang Mohon Semua...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menggesa semua pihak agar...

UMNO Tangguh Pemilihan Sehingga...

KUALA LUMPUR - UMNO menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis...

862 Kes Baharu COVID-19, 3 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA – Sebanyak 862 kes baharu dilaporkan membabitkan 860 kes penularan tempatan dan dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 22,225 kes dengan 7,681 kes aktif.

Katanya, Sabah kekal mencatatkan pertambahan kes tinggi hari ini iaitu 673 kes atau 78.1 peratus daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini.

“Selain Sabah, sebanyak 235 kes atau 27.3 peratus pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan dan Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.

“Selangor turut mencatatkan pertambahan sebanyak 132 kes dan daripada jumlah berkenaan 84 kes dikesan daripada kluster sedia ada termasuk lapan dari kluster yang mempunyai sejarah perjalanan pulang dari Sabah,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 634 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 14,351 kes atau 64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tiga kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian disebabkan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 193 kes, bersamaan 0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 


Kes kematian itu membabitkan seorang lelaki dan dua wanita di Sabah. 

“Kes kematian ke 191 ialah lelaki berusia 78 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit jantung. Beliau meninggal dunia di Hospital Tawau. 

“Manakala kes kematian ke 192 membabitkan wanita berusia 59 tahun. Beliau mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang yang kronik dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau,” katanya. 

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata bagi kes kematian ke 193 ia membabitkan wanita berusia 90 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi dan jantung serta disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth. – BH Online

Kategori