Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pengguna Maybank Berang, Wang...

PETALING JAYA – Pengguna Maybank dilihat berang dan marah apabila tidak dapat membuat...

Perlis Mula Laksana Sekolah...

KANGAR - Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) akan mula dilaksanakan tahun hadapan bagi...

LKAN 3/2023: Subsidi Produk...

PUTRAJAYA : Subsidi produk petroleum adalah yang tertinggi direkodkan daripada keseluruhan perbelanjaan subsidi...

Mourinho Ramal England Tersingkir...

JANGKAAN... Jose Mourinho meramalkan England akan tersingkir dari Piala Dunia 2018 di tangan...

Agenda Kelestarian Antara Tumpuan Penting Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR – Agenda kelestarian akan menjadi antara tumpuan khusus dalam Belanjawan 2021 dengan pengumuman penting mengenainya akan dibuat pada 6 November ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Menyifatkan pandemik COVID-19 sebagai suatu kesedaran kepada dunia, Muhyiddin berkata Malaysia, seperti negara-negara lain, perlu memikirkan kembali agenda pembangunannya terutama mengenai kelestarian dan teknologi hijau, yang memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi.

Beliau mengakui adalah sukar untuk menemui sesuatu yang positif di dalam situasi COVID-19 ini, namun sebagai seorang optimis, perdana menteri berkata beliau yakin ada sinar harapan.

“Sekatan di seluruh dunia membuat kita merenung, membuat kita berfikir dan kita mula menyedari bahawa kita perlu mengubah cara kita. Kita perlu memikirkan semula hubungan kita dengan planet ini dan kita perlu membina semula dengan lebih baik. Oleh kerana kita semua berada di rumah, kita juga menyedari bahawa kualiti udara lebih baik dan bumi boleh kembali pulih.

“Bagaimanapun, ini tidak lama kerana kita kembali kepada cara lama kita apabila sekatan tidak lagi dilaksanakan. Pengajarannya ialah ia menjanjikan jalan pemulihan alam ketika kita menghadapi wabak ini,” katanya dalam ucapan sebelum merasmikan Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa 2020 (IGEM 2020) yang diadakan secara maya, hari ini.

Perdana Menteri berkata COVID-19 dan perubahan iklim, terbukti jelas merupakan ancaman berkembar dan menimbulkan kebimbangan dan ancaman di seluruh dunia dan memerlukan penyelesaian global yang serupa.


“Sebagaimana kita memerlukan vaksin untuk COVID-19, perubahan iklim memerlukan penyelesaian segera dan tidak boleh ditangguh untuk satu generasi,” katanya.

Muhyiddin menjelaskan bahawa pendekatan pemulihan secara hijau bukan sahaja dapat memacu ekonomi dan kesejahteraan sosial malah dapat memangkin pembangunan negara ke jalan menuju ke arah pembangunan mampan rendah karbon dan ketahanan iklim.

Dalam konteks ini, kata beliau Malaysia, sebagai negara yang dikurniakan sumber alam semula jadi dan  menjadi antara 12 negara yang mempunyai kepelbagaian mega-bio di dunia dan dengan inisiatif dalam usaha teknologi hijau, seharusnya memanfaatkannya demi agenda pemulihan teknologi hijau yang lebih hebat.

Beliau berkata kesan perubahan iklim bersifat global dan belum pernah terjadi sebelumnya dalam pelbagai skala ekonomi yang bermula dari perubahan pola cuaca yang mengancam pengeluaran makanan kepada peningkatan air laut yang cepat sekali gus meningkatkan risiko banjir. – BERNAMA

Kategori