Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pemandu Mabuk Langgar Warga...

Port Dickson : Polis menahan lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga...

Tiga Maut Dua Kenderaan...

Penampang : Tiga maut selepas dua kenderaan bertembung di Jalan Papar Lama berhampiran...

Polis Tahan 2 Lelaki...

GEORGE TOWN - Dua lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun bersenjata di...

Martabatkan Seni Budaya Dan...

KOTA BHARU - Masyarakat Melayu perlu memartabatkan seni budaya dan warisannya bagi menggelakkan...

Agong, Permaisuri Ziarah Pusara Almarhum Sultan Ahmad Shah

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menziarahi pusara Almarhum Paduka Ayahanda, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah di Makam Diraja Pekan, Pahang petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda berdua.

Turut berangkat, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS, Kuantan. – Sinar Harian

Kategori