Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pelakon Drama Pendek Didakwa...

KOTA BHARU - Pelakon drama pendek di YouTube didakwa di Mahkamah Majistret, di...

Penyanyi Lagu `Country’ Diberi...

DIA mahu hidup lama lagi, kalau boleh sehingga hari jadi anaknya yang kedua...

Perkasa Kembali Sekolah Elit...

KEMAMAN - Saranan dibuat untuk memperkasa sekolah elit di Terengganu bagi mengembalikan semula...

Contoh Isteri Mithali, Lunas...

KECACATAN dan kekurangan bukanlah penghalang untuk seorang individu lari dari tanggungjawabnya. Kisah menyentuh hati...

Anwar Tinggalkan Istana Negara, Selesai Menghadap Agong

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pekarangan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11.25 pagi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson sempat menurunkan tingkap cermin kereta Jaguar yang dinaikinya sambil melambai dan tersenyum kepada petugas media di pekarangan pintu 2 Istana Negara.

Petugas media cuba mengekori kenderaan yang dinaiki Anwar bagi mendapatkan kenyataan lanjut, namun beliau bagaimanapun hanya tersenyum dan melambai tangan tanpa memberi sebarang kenyataan.

Turut kelihatan beberapa penyokong Anwar yang memakai baju T berwarna hitam tertera tulisan ‘Otai Reformasi’.

Pertemuan yang dijalankan lebih sejam itu bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.


Kenderaan membawa Anwar kelihatan tiba memasuki pintu 2 Istana Negara pada jam 10.25 pagi tadi.

Terdahulu Anwar memuat naik gambar beliau di Facebook yang lengkap berpakaian sut bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan keterangan ‘Semoga dipermudahkan segala urusan hari ini’. – Sinar Harian

Kategori