Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kanada Tetap Zon Perlindungan...

MONTREAL : Kanada menetapkan zon perlindungan marin terbesar di negara itu di luar...

Nokia 130: Telefon Dengan...

Sama ada anda inginkan telefon mudah alih 'kedua' anda atau sebagai 'telefon kecemasan'...

Lapor DBKL Jika Ada...

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta tampil membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala...

15 Lokasi Panas Markas...

PETALING JAYA - Sebanyak 15 lokasi panas menjadi markas penagih dadah di Selangor...

Apple Lancar 4 Variasi iPhone 12

SYARIKAT gergasi teknologi, Apple melancarkan produk ikonik paling dinantikan iaitu iPhone 12 menerusi empat variasi dan turut mengekalkan tetapan tiga lensa.

Rekaan fizikal untuk iPhone 12 menggunakan kembali reka bentuk iPhone 4 atau iPhone 5 yang lebih geometrik.

Peranti generasi baru itu diperkenalkan sempena majlis maya ‘Hi,Speed’ yang turut menampilkan keupayaan jaringan 5G untuk peranti keluaran syarikat berkenaan.

Empat variasi iPhone berkenaan adalah iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max dan membezakan model baharu ini adalah pengenalan kepada versi ‘mini’.

Semua versi iPhone berkenaan dikuasakan dengan pemproses binaan 5nm pertama di dunia iaitu Apple A14 Bionic yang menawarkan kuasa prestasi lebih baik di samping keupayaan pemprosesan lebih pantas berbanding generasi terdahulu.

Menyentuh aspek spesifikasi Apple iPhone 12 Pro dan versi ‘Max’, ia menggunakan tetapan tiga lensa yang dinaik taraf termasuk keupayaan berbanding generasi sebelum ini.

Dua versi peranti berkenaan menggunakan skrin OLED Super Retina XDR serta kefungsian sistem kamera baharu.

Sistem kamera untuk peranti iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max ini kini mempunyai sensor LiDAR bagi membantu optimasi kualiti gambar dan video sekali gus menghasilkan kualiti lebih baik.

Peranti ini menggunakan bahan binaan tahan lasak iaitu Ceramic Shield dan aluminium dan mempunyai perlindungan IP68 selain kapasiti bateri yang lebih besar.


Bagi iPhone 12 Pro, ia menggunakan skrin berkeluasan 6.1 inci manakala iPhone 12 Pro Max menggunakan skrin 6.7 inci.

Untuk dua versi ini, peranti berkenaan tidak didatangkan dengan kapasiti storan 64GB lagi sebaliknya bermula pada 128GB dan harga bermula pada RM4,899.

Menyentuh dua variasi lain, iPhone 12 didatangkan dengan skrin berkeluasan 6.1 inci dengan teknologi paparan OLED bersama tetapan dua lensa iaitu berkeupayaan lensa kembar 12 megapiksel.

Peranti iPhone 12 Mini pula adalah versi lebih kecil dengan skrin sebesar 5.4 inci dan padanan spesifikasi hampir sama dengan iPhone 12.

Kedua-dua model ini menyokong pengecas wayat 20W dan pengecas tanpa wayar 15W.

Pengenalan empat peranti baharu itu juga mengesahkan bahawa Apple tidak lagi menyertakan pengecas sebaliknya hanya membekalkan kabel USB C ke Lightning untuk setiap pembelian.

Tanda harga bagi iPhone 12 bermula RM3,899 dan iPhone 12 Mini bermula RM3,399 dengan penawaran warna peranti putih, hitam, biru, hijau dan merah. – Agensi

Kategori