Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Budak 9 Tahun Dikhuatiri...

PITAS: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke...

Pengurusan Kes Rayuan Kerani...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Ogos bagi pengurusan kes selanjutnya dalam rayuan...

Suri Rumah Lesap RM181,650...

IPOH: Kes individu terperdaya dengan 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon nampaknya...

How to Publish a...

The abstract doesn't require to be in just about any formal essay structure....

Bekas KPSU Kementerian Ditahan Kes Rasuah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) sebuah kementerian kerana disyaki menerima rasuah melibatkan satu tender kementerian berkenaan.

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berumur 42 tahun itu kini menjawat jawatan pengarah di sebuah pusat latihan ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam.

“Suspek disyaki menerima rasuah daripada syarikat-syarikat pembekal baja yang memasuki tender bagi membekalkan baja di kementerian terbabit.

“Tender tersebut difahamkan diberikan kepada tiga syarikat milik individu yang sama dengan nilai tender berjumlah RM118 juta bagi tempoh dua tahun dari 2019 hingga 2020,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM. – BERNAMA

Kategori