Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

22 Pasukan Liga-M Mohon...

KUALA LUMPUR – Kesemua 12 pasukan Liga Super dan 10 daripada 12 pasukan...

Isu Altantuya Terus ‘Dikitar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekalipun kes...

Bantah GST: Ajak Orang...

KUALA LUMPUR - Selepas menimbulkan kesusahan ke atas orang ramai dengan menganjurkan perhimpunan...

Pelajar Maut Bukan Disebabkan...

SHAH ALAM - Hospital Banting menafikan dakwaan bahawa kematian seorang pelajar tingkatan lima...

Benarkah 13 Menteri Kita Kena Covid-19?

KUALA LUMPUR – Dakwaan seramai 13 menteri Kabinet dijangkiti Covid-19 yang tular dalam media sosial adalah tidak benar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menafikan kebenaran berita tersebut berkata, hanya seorang menteri sahaja yang didapati positif Covid-19.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada penyebar berita palsu dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang menyebarkannya.

“Tindakan itu diambil selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak SKMM memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyebarkan berita palsu dan sentiasa berwaspada dengan penyebaran maklumat atau berita yang diragui kesahihannya,” kata SKMM dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Amaran itu hadir susulan penyebaran berita palsu yang tular dalam media sosial beberapa hari lalu wujud dakwaan 13 Menteri Kabinet dijangkiti Covid-19. – Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori