Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Orang Asli Pun Perlukan...

SANA sini sibuk bercerita tentang vaksin Covid-19. Yang sudah dapat suntikan gembira. Belum...

Inisiatif ADAM50 Akan Dihentikan...

KUALA LUMPUR - Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang diperkenalkan pada Januari...

Skuad Piala Dunia Mexico...

MEXICO CITY - Anggota skuad bola sepak kebangsaan Mexico mengadakan parti perpisahan bersama...

‘Budak Baik’ Diseksa Hingga...

Sydney - Seorang remaja lelaki dijadikan tawanan dan didera secara seksual serta dipukul...

Covid-19 Bukan Hanya Disumbang Ahli Politik – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, penularan kes Covid-19 yang mungkin berpunca dari Sabah bukan disebabkan ahli politik semata-mata.

Kata beliau, daripada sejumlah 13,000 orang yang kembali ke semenanjung selepas pilihan raya negeri (PRN) Sabah, hanya satu peratus atau sekitar 130 orang yang sah positif Covid-19.

“Daripada jumlah itu (satu peratus), ada ahli politik bukan tidak ada, tetapi bukan semua.

“Ada juga pelancong dan orang-orang lain ke Sabah atas urusan perniagaan yang turut dijangkiti Covid-19,” katanya pada sidang akhbar sebentar tadi.

Sebelum ini, netizen meluahkan rasa marah dengan peningkatan kembali kes Covid-19 sebaik PRN Sabah berakhir baru-baru ini.


Ramai beranggapan ia disebabkan oleh ahli-ahli politik yang pulang dari negeri itu selepas berkempen di sana.

PRN Sabah terpaksa diadakan apabila kerajaan Warisan sebelum ini tanpa mengambil peduli penularan Covid-19 mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri. – Mynewshub.TV

Kategori