Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gambar Mirip Pegawai Menteri...

PETALING JAYA - Gambar seorang lelaki mirip pegawai kanan seorang menteri yang berada...

FAMA Sasar Eksport 100...

JOHOR BAHRU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan untuk mengeksport 100 tan...

Amino Agos, SPR Gagal...

KUALA LUMPUR - Pegawai Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Amino Agos...

Sarawak: Jumlah Mangsa Banjir...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan terus meningkat kepada 3,734 orang daripada...

COVID-19: Ramai Netizen Mahu Sekolah Ditutup Sementara

KUALA LUMPUR – Peningkatan kes baharu COVID-19 di Malaysia bulan ini yang menyaksikan angka jangkitan harian melonjak kepada jumlah tertinggi direkodkan menjangkau sehingga 871 kes pada Ahad (18 Oktober), mempopularkan ungkapan “Tragedi Oktober” di alam siber ketika ini.

Situasi ini mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat terutamanya melibatkan golongan berisiko tinggi seperti pelajar sekolah.

Sehingga artikel ini ditulis, dilaporkan lebih satu juta pelajar yang hadir ke 1,754 buah sekolah di beberapa negeri tidak dapat menjalani sesi persekolahan seperti biasa selepas kes COVID-19 kembali meningkat.

Persoalannya kini, wajarkah kerajaan menghentikan sementara semua sesi persekolahan seluruh negara sehingga hujung tahun ini bagi pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam sebagai langkah pencegahan?

Menerusi bancian di atas talian yang dijalankan di laman media sosial rasmi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mendapati majoriti responden, terutamanya ibu bapa mahukan aktiviti persekolahan dihentikan sementara sehingga pandemik COVID-19 beransur pulih.

Di Twitter @bernamadotcom, sebanyak 83.4 peratus daripada 4,592 undian menyatakan persetujuan itu, manakala hanya 9.3 peratus memilih tidak wajar dan selebihnya iaitu 7.2 peratus mengundi tidak pasti.

Selain itu, bancian sama turut dilaksanakan di laman Instagram @bernamaofficial melibatkan 3,063 responden, dan daripada jumlah itu, 87 peratus atau 2,665 responden turut menyatakan persetujuan sesi persekolahan diberhentikan.

Hanya 13 peratus atau 398 responden menyatakan tidak, dalam bancian yang dijalankan selama enam hari bermula 6 Oktober lepas. 


Di laman Facebook @bernamaofficial, ruangan komen dibanjiri dengan luahan lebih 300 netizen yang berharap satu mekanisme khusus melibatkan pelajar sekolah dapat dilaksanakan.

“Kalau saya rasa anak saya kurang sihat atau anak saya bagi tahu ada rakan sekelas yang kurang sihat, saya maklum sahaja pada cikgu kelas melalui surat untuk cutikan sekolah…bila saya yakin anak saya sihat, saya hantar ke sekolah…..kalau tutup sekolah nanti kata cikgu takde kerja plak….serba salah dibuatnya…pencegahan terletak pada kita sendiri,” kata pemilik akaun Facebook Norlizan Ghazali.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan tanda nama @Harvind77901533 pula berpendapat, persekolahan bagi pelajar di semua peringkat perlu dihentikan sementara dan bukan hanya melibatkan pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam.

“Murid sekolah rendah boleh dicutikan… begitu juga murid tingkatan 1 dan 2,” katanya.

Ada juga pengguna Twitter yang menimbulkan persoalan siapa yang akan menjaga anak-anak jika mereka tidak ke sekolah memandangkan ibu bapa perlu keluar bekerja, selain ada yang dalam dilema memikirkan isu persekolahan anak-anak. 

“Kalau henti kesian pula anak-anak tak sekolah. Kalau sekolah berisiko. #dalamdilema seorang ibu,” kata @syazulaikha. – BERNAMA

Kategori