PULAU PINANG – Ibu ini telah memilih, hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya dan sanggup meredah perjalanan sejauh lebih kurang 50 kilometer dengan menunggang motosikal untuk menghantar anak sulungnya, Muhammad Izzulhaq Mohamed Hasnan, 19, ke Universiti Sains Malaysia (USM).
Jumiati Masud, 53, bersyukur kerana masih boleh membuat pilihan dalam memberikan keselesaan untuk anaknya menimba ilmu pengetahuan dalam suasana yang lebih kondusif, dan merasai suasana menjalani kehidupan baru sebagai mahasiswa Universiti.
Jumiati yang tinggal di Simpang Empat (Sebarang Perai Selatan) berkata, beliau mengambil maklum dengan situasi semasa, yang mana USM memberikan tiga pilihan utama untuk para pelajar baharunya mendaftarkan diri secara rasmi sebagai warga kampus.
Pilihan berkenaan termasuk hadir mendaftar dan pulang bersama waris; hadir mendaftar, menempatkan barang dalam desasiswa dan pulang; atau mendaftar dan terus tinggal di asrama.
“Saya memilih untuk anak saya tinggal di asrama. Biarlah Muhammad Izzul belajar dalam suasana yang terbaik kerana jika di rumah, kemudahan internet tidaklah begitu baik dan kami tiada kemudahan wifi atau sebagainya,” jelas ibu kepada tiga cahaya mata lelaki yang hanya menjual kuih sebagai punca pendapatan menyara keluarga… Baca selanjutnya di sini