Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRU15: Hari Mengundi 19...

Tarikh pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ditetapkan pada 19 Nov.Ikuti Mynewshub: TelegramHari penamaan...

Mahfuz Gelabah UMNO Tak...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar kelihatan kurang senang dengan...

PAFA Buat Laporan Rasmi...

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan membuat laporan rasmi kepada Persatuan...

Pekerja Ladang Tak Mengaku...

BUTTERWORTH - Seorang pekerja ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Jangan Buat Tak Nampak Apa Zahid Dah Buat Kat UMNO

UMNO hampir ditinggalkan rakyat dah ahlinya selepas kalah pada PRU 14 tahun 2018…dulu jawatan parti direbut…tetapi pada pemilihan 2018… Ramai yang lari meninggalkan jawatan terutama di peringkat bahagian… Semangat bertanding langsung takda… semua duk tunggu bila UMNO akan diharamkan dan mati terus.

Itulah UMNO yang diwarisi Zahid Hamidi, Tok Mat, Ahmad Maslan dan lain-lain…Bukannya sebuah parti yang kukuh dan mantap.. Mereka ini bagaimanapun tidak mengalah… Terutama Zahid… Pelbagai langkah pengukuhan mula diatur…Langkah kerjasama dimulakan dengan PAS.. Akhirnya muncul Muafakat Nasional (MN).. Satu perikatan politik yang mengukuhkan kembali kedudukan orang Melayu dan Islam.

Sejajar dengan MN semakin diterima… UMNO juga mula kuat kembali… Jangan cakap la sebab lain.. Hanya MN la yang menjadi pencetus UMNO mula diterima kembali.. Siapa yang begitu bersungguh mahu menjayakannya? Sudah semestinya Zahid Hamidi.

Zahid terus menjadi musuh nombor satu Mahathir ketika itu…beliau terus dikerjakan dengan pelbagai tuduhan di samping usahak digerakkan untuk jatuhkan beliau… Namun Zahid bertahan.. Jangan kita lupa.. Zahid mewarisi UMNO yang luka parah.

Tapi hari ini UMNO ternyata semakin kuat… Dan siapa Presiden yang memastikan ia jadi seperti itu?…Zahid la.. Siapa lagi.

Hakikatnya, jangan terbawa dengan perang propaganda yang mahu beliau dibuang pada UMNO. Banyak berita negatif sahaja mengenai beliau yang muncul, sedangkam begitu banyak kebaikkan beliau buat hilang begitu sahaja.

Kini Bersatu datang separuh jalan mahu ambil alih semua.

Namun Zahid sudah berulang kali menzahirkan kerjasama sekarang antara Ahli Parlimen sahaja… Bukan parti… Masa PRU15… Tidak akan ada kerjasama antara UMNO dan Bersatu… Menjadikan beliau sekali lagi sasaran pihak luar dan dalam UMNO untuk digulingkan… Bersatu pada hakikatnya hanya mahu menggunakan UMNO seperti yang kita lihat di Sabah baru ini… Guna untuk menang tapi pegang jawatan penting semua… Gunakan UMNO untuk kukuhkan Bersatu dalam senario politik Malaysia… Namun Zahid adalah penghalang.. Justeru beliau dilihat sebagai pemimpin yang perlu digulingkan.

Bersatu tidak mahu beliau terus kekal memimpin UMNO jika tidak mahu tunduk kepada kehendak mereka.


Sebab itu ada usaha menjatuhkan beliau kini.

Kita Ahli-ahli UMNO jangan buat-buat malas berfikir dan melihat apa yang Zahid sudah usahakan untuk UMNO dari tarikh ia hampir musnah pada 2018 hingga kini… Dengan sumber kewangan yg disekat dan macam-macam…beliau dan rakan-rakan terus berjuang.

Sudah berkali-kali juga beliau membantu membawa UMNO kepada kemenangan dalam PRK dan PRN.. Bukan mudah mengerakkan sebuah parti yang disekat dari semua sudut…dari hampir musnah kepada masih bertahan dan semakin kuat.

Kalau hari-hari kita dihidang dengan kisah kononnya Zahid lemah…Memang lah lama-lama kita mula percaya.

Tapi luang la sedikit masa untuk lihat bagaimana Zahid membawa UMNO yang boleh dikatakan sudah pun musnah pada 2018 kepada tahap sekarang… Kita kena pertahankan Presiden kita yang berulang kali kata tidak mahu kerjasama dengan Bersatu pada PRU15… Kalau beliau berjaya digulingkan.

Maka hampir tidak ada penghalang untuk memastikan Bersatu tidak terus mempergunakan UMNO untuk memperkukuhkan diri… Dan kemudian satu hari nanti… Membenamkan terus UMNO. – Mynewshub.TV

Kategori