Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anwar Lucut Kelayakan Anggota...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini lucut kelayakan sebagai seorang...

Tiada Lagi Ambil Hasil...

SEMBARANG aktiviti mengambil hasil hutan dan pasir di Melaka akan dihentikan bermula 1...

Wow… Ini Model ‘Fashion...

WOW! Rekaan terbaru uniform salah sebuah syarikat penerbangan di China telah berjaya mencuri...

PAS Tolak Kerjasama Yang...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS menjawab persoalan segelintir pihak mengapa PAS sanggup berkorban...

Kerajaan Malaysia Ucap Takziah Kepada Sultan Brunei

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi pihak kerajaan Malaysia hari ini, merafak sembah takziah kepada Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bokiah atas kemangkatan putera baginda Pengiran Muda Abdul Azim semalam.

Muhyiddin, dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebooknya, turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Almarhum dan mendoakan Paduka Seri Baginda dan seluruh kerabat diraja sekalian serta rakyat Brunei tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini. 

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Almarhum dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei, putera berusia 38 tahun itu, yang juga putera kedua Sultan Hassanal Bolkiah dan Hajah Mariam, mangkat pada jam 10.08 pagi waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.

Baginda dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.

Berikutan itu, pemerintah Brunei memerintahkan rakyatnya mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai semalam. – BERNAMA

Kategori