Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pelampau Hindu Tuntut Bina...

BERPULUH ribu sami dan aktivis pelampau Hindu mula berkumpul di bandar Ayodhya sejak Ahad...

Reman 2 Kontraktor Disambung,...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman selama tujuh hari...

Keluarga Budak Terpotong Kemaluan...

KUALA LUMPUR - Keluarga kepada seorang kanak-kanak lelaki yang terpotong sebahagian kemaluannya ketika...

Tak Yakin Mahathir, Pelabur...

PANIK... Pelabur asing yang masih terkejut dengan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14...

Kerajaan Sukar Benarkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

PAGOH – Sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan. 

“Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun 1 KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.

“Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah.’ Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat. 

“Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir di sini, hari ini. – BH Online

Kategori