Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Indonesia Pasang Jerat Di...

JAKARTA - Kementerian Kesihatan Indonesia memasang perangkap jejentik di sekeliling lapangan terbang sebagai...

Gebenor Jeneral New Zealand...

SEPANG - Gobernor Jeneral New Zealand, Dame Patsy Redy berlepas pulang hari ini...

Aktiviti Pembalakan Tidak Terkawal...

GUA MUSANG - Aktiviti pembalakan untuk tujuan perladangan yang tidak terkawal di Gua...

Pengorbanan Jururawat Hadapi Krisis...

KUALA LUMPUR - Berbeza dengan sambutan sebelum ini, Hari Jururawat Sedunia 2020 pastinya...

Khairuddin Minta AG Umum Hasil Siasatan

SEREMBAN – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini secara terbuka meminta Peguam Negara mengumumkan hasil siasatan kes melanggar arahan kuarantin wajib terhadap beliau.

Katanya hingga kini beliau belum menerima maklumat berhubung perkembangan terkini kes tersebut.

“Saya tunggu Peguam Negara mengumumkan apa hasil siasatan kes dan kemudian barulah timbul soal dakwa atau tidak. Saya juga serah kepada kerajaan untuk bertindak ke atas saya sekiranya saya ada membuat kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan ventilator dan pelitup muka kepada Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), di sini hari ini.

Pada 30 September lalu, dilaporkan polis sedang memperkemas kertas siasatan berhubung kes itu seperti yang diarahkan oleh Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dipetik berkata kertas siasatan itu akan diserahkan semula kepada Jabatan Peguam Negara apabila proses tersebut selesai.

Mohd Khairuddin sebelum ini berdepan kritikan termasuk desakan agar beliau meletakkan jawatan susulan kegagalannya mematuhi arahan kuarantin wajib mencegah penularan COVID-19 sekembali dari Turki pada Julai lepas.


Mengulas isu lain, Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk menukar kerajaan termasuk membubarkan Parlimen. 

“Kalau kita nak salahkan orang tak akan selesai masalah kita. Apa yang penting ialah kita bersama-sama menghadapi masalah sekarang untuk kebaikan semua rakyat,” katanya mengulas cadangan seorang ahli akademik hari ini tentang penubuhan kerajaan perpaduan bagi menstabilkan semula politik negara.

Sementara itu mengenai majlis berkenaan, Mohd Khairuddin berkata HTSJ merupakan hospital kelima yang menerima sumbangan ventilator daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA).

Sebanyak 20 hospital menerima sumbangan alat bantuan pernafasan berkenaan yang bernilai RM120,000 seunit  termasuk Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, Hospital Selayang serta Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan, katanya. – BERNAMA

Kategori