Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RTM Buat Typo Lagi:...

DAH macam trend pula bila sejak kebelakangan ini, bermacam-macam typo atau kesalahan ejaan...

RM21.5 Juta Bantu Pekebun...

TEMERLOH - Kerajaan memperuntukkan RM21.5 juta kepada pekebun kecil getah di seluruh negara...

Penjara Larang Najib Bercakap...

MELAKA – Jabatan Penjara tidak membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...

Kelonggaran SOP Diumum Rabu...

KAJANG - Kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang bakal diumumkan Rabu...

KKM Tak Manipulasi Data Harian Kes COVID-19

PUTRAJAYA – Data harian kes positif COVID-19 yang diumumkan setiap hari diperoleh melalui sistem maklumat dan kesihatan awam dari setiap negeri.

Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini menafikan dakwaan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) memanipulasi data harian sehingga ia kini mencecah empat angka.

“Data kita peroleh setiap hari sehingga jam 12 tengah hari dan ia menggunakan sistem maklumat kesihatan awam. Setiap negeri, mereka masukkan data itu, kita akan kutip dan bincang.

“Bukan hanya daripada saya, tetapi satu pasukan di sebalik tabir yang akan melihat kepada data, kluster terbabit. Ini bukan manipulasi, ini fakta yang kita ada. Ia sudah digunakan sejak hari pertama lagi,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, semua pihak tidak seharusnya hanya menerima data yang diumumkan KKM jika kes pada satu angka dan enggan mengakui maklumat disalurkan kementerian itu apabila ia kini mencecah empat angka.

“Janganlah (apabila) data menunjukkan angka kosong dan satu digit kita terimanya tetapi apabila ia melebihi 1,000 kita tidak terima data itu.

“Hari ini contohnya data paling tinggi iaitu 1,240 kes dan kita sudah menjangkakannya, unjuran kita sudah menunjukkan kes akan meningkat ke 1,000 kes dalam tempoh masa terdekat.

“Mungkin selepas 31 Oktober, kita sudah tidak ada tiga digit (kes yang dicatatkan) sebaliknya kes sudah menjadi empat digit, melainkan kita dapat menurunkan kadar kebolehjangkitan kurang satu baru kita dapat melihat perkembangan,” katanya.


Sebelum ini, seorang ahli politik dalam laman Facebooknya mendakwa Dr Noor Hisham dan KKM memanipulasi data harian pesakit COVID-19 bagi membolehkan “menghalalkan” darurat diadakan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, beliau berkongsi perjalanan negara berdepan dengan penularan COVID-19 sejak Disember tahun lalu sehingga kini, pada mesyuarat khas Raja-Raja Melayu semalam.

Beliau juga berkongsi unjuran penularan kes termasuk senario jangkitan COVID-19 selain jangka masa KKM menjalankan tugas di lapangan serta situasi di Sabah.

“Saya juga sempat memaklumkan dalam mesyuarat berkenaan perkembangan terkini dan jangkaan KKM. Saya juga ditanya mengenai vaksin. Saya maklumkan kita masih berusaha untuk mendapatkan vaksin untuk COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut memaklumkan kepada mesyuarat khas itu bahawa KKM belum mendapat laporan lengkap daripada sembilan kajian vaksin fasa ketiga yang sedang dijalankan ketika ini. – BH Online

Kategori