Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Laporan: Pendapatan isi Rumah...

KUALA LUMPUR - Pendapatan isi rumah Malaysia pada tahun ini menunjukkan corak yang...

1 Juta Ahli UMNO,...

SEREMBAN - Hampir satu juta ahli UMNO, PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)...

Telco Sedia Benar Pelanggan...

PUTRAJAYA - Kesemua syarikat telekomunikasi (telco) bersedia untuk membenarkan pelanggan sedia ada yang...

Dewan Negara Lulus Pindaan...

KUALA LUMPUR - Setelah diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat 29 Mac lalu, Rang...

Muhyiddin Beredar Dari Istana Selepas Lebih 2 Jam

KUANTAN – Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Abdul Aziz di Indera Mahkota, dekat sini, lewat petang tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan membawa Perdana Menteri dilihat beredar dari istana kira-kira jam 7.10 petang, selepas kira-kira dua jam setengah berada di situ.

Muhyiddin bagaimanapun tidak memberikan apa-apa kenyataan kepada kumpulan petugas media yang menunggu di luar pintu utama Istana Abdul Aziz.

Kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Affendi Buang antara yang dilihat keluar dari istana.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah atau menteri kanan turut menyertai majlis menghadap Seri Paduka.

Setakat ini, Pejabat Perdana Menteri atau Istana Negara belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan itu walaupun pelbagai spekulasi mula kedengaran sejak semalam.


Konvoi Perdana Menteri dijadual menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki Istana Abdul Aziz pada kira-kira jam 4.40 petang, diiringi pasukan keselamatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan negeri Pahang.

Pengamal media mula berkumpul di laluan masuk ke istana itu seawal jam 2.30 petang, selepas ura-ura Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka mula tersebar sejak tengah hari tadi.

Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa. – BH Online

Kategori