Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MOA, KPDNHEP Cari Mekanisme...

SINTOK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan mencari satu mekanisme...

Pembedahan Pindah Zakar Beza...

JOHANNESBURG - Sekumpulan doktor di Afrika Selatan berjaya melakukan pembedahan pemindahan zakar yang...

Jual Arak Tak Ikut...

KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) mengeluarkan 10 notis kompaun berjumlah RM30,000...

Toyota Vellfire Prabakaran Dibaling...

KUALA LUMPUR - Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan...

Najib Minta Semua Bertenang Susulan Ciapan Mahathir

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak bertenang dan membaca kenyataan penuh Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidas Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkaitan pembunuhan seorang guru di negara itu.

Katanya, beliau bukan mahu mempertahankan tindakan Dr Mahathir, sebaliknya semua pihak perlu bersikap adil kepada Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Bukanlah nak defend (pertahankan) sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh.

“Perlu adil kepada Tun Mahathir juga,” katanya dalam satu entri di Facebooknya hari ini.

Semalam, Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri dikecam selepas kenyataannya untuk memboikot produk Perancis sebagai reaksi terhadap kenyataan mengenai Islam yang dibuat Presidennya, Emmanuel Macron.

Dalam satu ciapan di Twitter, Mahathir berkata, Macron ‘sangat primitif’ kerana menyalahkan Islam dan umatnya atas kematian seorang guru di Perancis yang dipancung baru-baru ini, dan menegaskan membunuh bukan ajaran Islam.

Katanya, Perancis pernah membunuh berjuta-juta orang, kebanyakannya umat Islam.


Mengulas mengenai perkara itu, Najib berkata, kenyataan Dr Mahtahir adalah pendapat peribadinya, bukannya Malaysia.

“Tapi Tun Mahathir juga ada membuat beberapa point dalam kenyataan dia yang kurang berfaedah untuk agama dan negara kita sebab Islam agama kedamaian, negara kita menghormati hak-hak wanita dan kita sentiasa cuba menjaga hubungan yang baik antara negara dalam dunia.

“Bila kita rasa pemimpin-pemimpin negara lain salah, kita tegur dan kecam dengan cara baik.

“Fokus pada individu. Bukan serang seluruh negara dan bangsa mereka. Kita tak patut perlekehkan negara-negara lain demi mencari gaduh,” katanya. – Sinar Harian

Kategori