Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bayi Lelaki Ditinggal Di...

ALOR SETAR - Seorang bayi lelaki dalam keadaan sempurna dijumpai di tepi jalan...

MB, EXCO Johor Guna...

MENTERI Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal mengesahkan pembelian 15 Toyota Camry bagi menggantikan...

Mangsa Banjir Di 6...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di enam negeri semakin beransur pulih apabila bilangan...

Keputusan Tidak Letak Calon...

JOHOR BAHRU – Keputusan UMNO tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Peguam Saman Kerajaan, Agong Tak Isytihar Darurat

KUALA LUMPUR – Seorang peguam hari ini, memfailkan saman pemula berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tidak bertindak atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat.

Saman itu difailkan Syed Iskandar Syed Jaafar di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, menerusi Tetuan R Kengadharan & Co dengan menamakan kerajaan sebagai defendan.

Melalui saman pemula itu, plaintif antara lain menuntut untuk menentukan sama ada berdasarkan Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun Perdana Menteri atau Kabinet menasihatkan sebaliknya.

Plaintif juga menuntut untuk menentukan sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal (8) dan (9) adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.

Plaintif turut menuntut relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah tanpa sebarang perintah kos.


Pada Ahad lalu, Al-Sultan Abdullah memaklumkan tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman COVID-19.

Baginda berpendapat kerajaan sekarang berjaya menangani wabak itu dengan baik dan berkesan. – myMetro Online

Kategori