Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ahmad Yakob Cadang Tokoh...

KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang lebih selesa...

Banteras Pelajar Babit Judi...

HULU TERENGGANU - Semua pihak terutama ibu bapa dan pendidik harus memainkan peranan...

EAIC Siasat Kematian Tahanan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan menjalankan siasatan ke atas kematian...

Nelayan Tanjung Piai Terima...

ISKANDAR PUTERI - Seramai 1,513 nelayan di kawasan Johor Selatan termasuk Tanjung Piai...

Pesakit Covid-19 Maut Terjun Tingkat 8 Hospital

KOTA KINABALU – Seorang wanita yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, wanita warga tempatan berusia 63 tahun itu dikatakan terjun dari tingkap di tingkat lapan bangunan hospital berkenaan sebelum disedari pihak hospital yang kemudiannya memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 9.30 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Oktober lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Katanya, selepas mendapatkan rawatan lanjut, mangsa disahkan bebas penyakit berkenaan dan dijadualkan untuk dikeluarkan dari HQE I, hari ini.


“Mayat mangsa kini ditempatkan di Jabatan Forensik HQE I, sementara menunggu siasatan lanjut punca mangsa membunuh diri.

“Pihak polis sedang menjalankan siasat bagi mengenalpasti punca mangsa terjun termasuk mencari saksi ditempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa diminta tampil membantu siasatan. – myMetro Online

Kategori