Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3,545 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 3,545 kes penularan Covid-19 dalam...

Thailand Juara Piala AFF...

KUALA LUMPUR - Thailand memastikan gelaran 'Raja Bola Sepak Asia Tenggara' menjadi milik...

Aidilfitri Bawa Keceriaan Bagi...

KOTA BHARU - Tatkala Hari Raya hanya tinggal beberapa hari lagi bakal diraikan,...

3 Pemuzik Jalanan Ditahan,...

Langkawi : Tiga sahabat termasuk seorang wanita kumpulan pemuzik jalanan (buskers) ditahan kerana...

Pilihan Raya Umum, Negeri Tak Sesuai Ketika COVID-19

PUTRAJAYA – Pilihan Raya Negeri (PRN) ataupun Umum (PRU) tidak sesuai diadakan pada masa ini berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, isu keselamatan paling utama dalam mendepani pandemik tersebut.

“Saya mohon kalau boleh tiada pilihan raya ketika ini,” katanya pada sidang akhbar sempena PRK Batu Sapi di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kesiapsiagaan SPR selepas Sarawak dijangka mengadakan PRN dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai adakah SPR mencadangkan kepada kerajaan untuk mengisytiharkan darurat di Batu Sapi, Sandakan berikutan Covid-19, beliau berkata, SPR hanya memberi pandangan kepada kerajaan sebelum ia diputuskan.

“Sebarang kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Menurutnya, istilah darurat kebiasaannya melibatkan keselamatan negara.

“Bagaimanapun bagi wabak Covid-19 kita tidak pasti kerana ia perkara baru,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Ghani dalam laporan media tempatan berkata, pilihan raya akan ditangguhkan sekiranya tempat berkenaan diisytihar sebagai darurat. – Sinar Harian

Kategori