Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Zamihan Sahut Cabaran Debat...

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat...

Kalau Hendak Kurus, Amal...

UBI kentang merupakan salah satu jenis tanaman yang sering digunakan sebagai sup sayur-sayuran...

KTMB Akan Perkenal Aplikasi...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang membangunkan satu aplikasi baharu...

Scha Minta Peminat Tak...

KALAU diperhatikan sekarang ni memang ramai selebriti yang gemar 'menayang' anak mereka di...

PKPB Di KL, Putrajaya, Selangor Dilanjut Sehingga 9 November

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 9 November.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berdasarkan penilaian risiko dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setakat ini penilaian mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi bagi penularan jangkitan Covid-19 sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

“Mengambil kira penilaian terhadap penularan itu, maka kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di negeri berkenaan selama 14 hari bermula 27 Oktober (esok) sehingga 9 November,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) PKPB adalah seperti diumumkan sebelum ini.


Terdahulu, kerajaan mengumumkan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor selama 14 hari bermula 14 Oktober sehingga esok.

Perintah itu susulan peningkatan penularan Covid-19 di ketiga-tiga lokasi itu. – myMetro Online

Kategori