Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rafizi Lancar Kempen Atasi...

PETALING JAYA : Rafizi Ramli dijangka melancarkan kempen ‘Ayuh Malaysia’ bagi menarik sokongan...

Tentera Russia Tembak Jatuh...

MOSCOW : Pasukan pertahanan udara Russia berjaya memusnahkan sebuah dron ketika ia menghampiri...

“Inilah Langkah Kajang Sebenar”...

SIAPA boleh lupa 'Langkah Kajang' atau Kajang Move sebelum ini dikenali sebagai strategi...

Dana Subsidi Minyak Diguna...

Penggunaan mekanisme pengapungan terkawal bagi menentukan harga runcit petrol RON95 dan diesel mulai...

PKPB: Kesesakan Teruk Di Sempadan Daerah

KUALA LUMPUR – Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang menyaksikan kesesakan teruk di sekatan jalan raya di sempadan daerah.

Tinjauan di beberapa lokasi mendapati, orang ramai keluar seawal 7 pagi dan ada di antara mereka perlu menempuh dua sekatan jalan raya sebelum tiba di pejabat.

Antara laluan yang dilaporkan sesak adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Perseketuan, Jalan Pelabuhan Klang-Kuala Lumpur, susur masuk ke Kuala Lumpur di Jalan Duta, susur masuk ke Kuala Lumpur menerusi Lebuhraya Pantai Baru (NPE) di Bandar Sunway.

Seorang pengguna jalan raya, Mohd Hisham Harun, 39, berkata, dia menempuh kesesakan selama dua jam sebelum tiba di pejabat.

“Saya keluar rumah di Shah Alam pada 8.15 pagi sebelum tiba di pejabat pada 10.30. Kebiasaannya ia hanyalah mengambil tempoh setengah jam untuk tiba di pejabat.

“Ketika tiba di sekatan jalan raya anggota polis memeriksa satu-persatu kenderaan menyebabkan kesesakan berlaku, saya terpaksa ke pejabat kerana jadual kerja penggiliran,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat ketika dihubungi berkata, pihaknya kini sedang mengesan punca kesesakan teruk berlaku.

“Kami sedang selidik bagi melihat punca kesesakan berkenaan dan akan melalukan penyuraian trafik.

“Maklumat lanjut akan dikemaskini,” katanya. – myMetro Online

Kategori