Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jenazah 3 Pelajar Malaysia...

SEPANG - Jenazah tiga pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di...

Pengarah Jabatan Di Sabah...

KOTA KINABALU - Seorang pengarah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan reman berhubung...

“Patut Tak Perlu Dicalon,...

NAMPAKNYA 'perang dingin' Anugerah MeleTOP ERA 2018 (AME 2018) masih belum reda lagi...

“Saya Tidak Ambil Gambar,...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dirinya...

PM Menghadap Agong Di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota

KUANTAN – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Beliau dilihat tiba di pekarangan Istana Abdul Aziz Indera Mahkota, di sini, kira-kira jam 4.40 petang tadi manakala Yang Dipertuan Agong dilihat memasuki istana kira-kira jam 4.30 petang.

Tengah hari tadi Al-Sultan Abdullah menunaikan solat Jumaat bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS, di sini.

Sejak jam 3 petang tadi petugas media dilihat berada di hadapan pintu Istana Abdul Aziz Indera Mahkota selepas menerima khabar kedatangan beliau untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, wartawan tidak dapat menemuramah beliau yang dipercayai menaiki kenderaan rasmi kerajaan jenis Honda Accord berwarna hitam diiringi beberapa kenderaan lain.

Kenderaan rasmi kerajaan berwarna hitam dipercayai membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba sekitar jam 4.40 petang tadi.


Rombongan kenderaan rasmi itu terus memasuki pekarangan istana sebaik tiba disusuli kenderaan rasmi lain dengan kawalan ketat anggota polis.

Turut kelihatan ialah Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali.

Ketika ini pihak media masih menunggu di hadapan pintu masuk istana untuk perkembangan lanjut. – Sinar Harian

Kategori