Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Insentif Khas KBSS Juara...

TAWAU - Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) akan memberikan insentif khas kepada Daniel...

Malaysia Sumbang AS$100,000 Untuk...

KUALA LUMPUR - Malaysia berjanji memberi sumbangan sukarela sebanyak AS$100,000 kepada Agensi Kerja...

BR1M Tidak Tambah Kadar...

KUALA LUMPUR - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak meningkatkan kadar defisit negara...

Undang-Undang Kekang Berita Palsu...

KUALA LUMPUR - Penggubalan undang-undang mengekang berita palsu bertujuan melindungi kepentingan seluruh rakyat...

POCA: Datuk Seri, 2 Polis Fail Semakan Penahanan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ bersama dua anggota polis memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi di sini, berhubung penahanan mereka di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili seorang anggota polis itu berkata pihaknya memfailkan permohonan itu pada 19 Oktober lalu.

“Pendengaran permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin pada 2 November ini.

“Walaupun pada tarikh tersebut masih Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun mahkamah akan bersidang untuk permohonan penting seperti kes ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ketiga-tiga lelaki itu yang berumur 34 hingga 39 tahun memohon menyemak keputusan Mahkamah Majistret pada 14 Oktober lepas, yang membenarkan permohonan polis untuk menahan reman mereka di bawah POCA selama 21 hari bermula 14 Oktober lalu.


Media sebelum ini melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid memaklumkan, polis telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman yang dimohon oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka yang ditahan, berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Beliau berkata, lelaki itu dan dua anggota polis ditahan selepas dibebaskan SPRM. – BERNAMA

Kategori