Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

NS Komited Atasi Masalah...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk menyelesaikan beberapa projek perumahan dan komersil...

Lepas Menang, Semua Berlumba...

SINDIRAN... “Sebelum menang, semuanya tidak patut naik. Tapi lepas menang, berlumba-lumba semuanya naik,”...

‘Jiwa Kacau’ Di Media...

KUALA LUMPUR - Jika diamati komen warganet berhubung tulisan atau gambar yang dipaparkan...

Mamat Khalid Selamat Jalani...

PENGARAH terkenal, Mohamad Mohd Khalid, 51, atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid kini...

Polis Buka 2 KEP Siasat Kain Rentang Menghina Di Ipoh

IPOH – Polis membuka dua Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi menyiasat insiden kain rentang dengan kata-kata kesat dan penghinaan digantung di dua lokasi di bandar raya Ipoh semalam sebagaimana tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya menerima maklumat awam mengenai insiden pertama kira-kira pukul 9 malam tadi yang menunjukkan satu gambar kain rentang dengan kata-kata kesat digantung di jejantas pejalan kaki, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Berikutan itu, katanya beberapa anggota pasukan bertindak khas Balai Polis Sungai Senam telah ke lokasi namun apabila tiba mendapati tiada kain rentang digantung di atas jejantas berkenaan.

“Pemeriksaan di kawasan sekitar dilakukan dan telah menemukan kain rentang berwarna putih dengan tulisan merah dan hitam di dalam tong sampah di hentian bas Jalan Raja Ashman Shah menghala ke Angsana Mall,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Selain itu, A. Asmadi berkata anggota pasukan bertindak khas Balai Sungai Senam turut menerima maklumat terdapat kain rentang dengan kata-kata penghinaan berbunyi ‘rakyat jaga rakyat, menteri jaga poket’ digantung di Medan Selera Stadium Perak di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam tadi. 


“Sebaik anggota polis tiba di lokasi, kain rentang tersebut tiada di lokasi dan pemeriksaan di sekitar lokasi juga tidak menemukan bahan itu,” katanya. 

Menurut A. Asmadi, hasil siasatan mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kedua-dua lokasi kain rentang digantung dan tiada saksi bebas tampil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan setakat ini. – BERNAMA

Kategori