Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bekas Peguam Minta Sultan...

SEORANG bekas peguam kepada keluarga Diraja Johor dengan lantangnya meminta Sultan Ibrahim ibni...

Malaysia Kecewa Junta Tidak...

KUALA LUMPUR – Malaysia menyuarakan kekecewaan dengan tindakan junta Myanmar tidak mengiktiraf Dr...

Tragedi Tidak Lunturkan Semangat...

GEORGE TOWN - Tragedi kebakaran yang meragut nyawa empat anggota keluarganya tahun lepas...

Lembaga Pengarah 1MDB Tawar...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad’s (1MDB) secara kolektif menawarkan peletakan...

PRN Sabah Sumbang Penularan Gelombang Ketiga Covid-19

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyumbang kepada gelombang ketiga penularan Covid-19. 

Beliau berkata, penganjuran PRN itu dilihat menyumbang kepada penularan kes apabila ada pihak yang tidak patuh prosedur operasi standard (SOP). 

“Jika melihat kepada pilihan raya diadakan di New Zealand, tiada peningkatan ketara kes (gelombang) dilaporkan berlaku. 

“Justeru, kita tidak menolak kemungkinan PRN (Sabah) menyumbang kepada peningkatan kes ketika ini kerana ketidakpatuhan terhadap SOP,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini. 

Dalam perkembangan berasingan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama dengan Jabatan Penjara bagi mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha membendung penularan Covid-19 di penjara. 

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti penularan jangkitan Covid-19 di dalam penjara. 


“Mungkin ada jangkitan membabitkan banduan di dalam penjara kerana virus berkenaan dibawa oleh petugas penjara atau ketika banduan dibawa keluar ketika proses sebutan kes yang boleh menjangkiti banduan lain. 

“Justeru, kita perlu mengenal pasti tempat saringan yang perlu dilakukan terhadap mereka selain pelaksanaan SOP pengasingan terhadap banduan terbabit selama 14 hari sebelum dicampurkan bersama banduan lain,” katanya. 

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya mempunyai pengalaman dalam mengatasi permasalahan itu apabila gelombang kedua Covid-19 melanda negara membabitkan depoh tahanan imigresen sebelum ini. 

“Kita sudah ada pengalaman menangani penularan Covid-19 di depoh tahanan sebelum ini serta modal itu boleh boleh diguna pakai di lokap dan penjara,” katanya. – myMetro Online

Kategori