Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Gambar Kemeriahan Majlis Akikah...

RUMAH tangga pasangan selebriti popular, Akim Ahmad dan Stacy Anam semakin bertambah meriah...

Wanita Pakai Kasut Tumit...

WASHINGTON - Wajib rasanya bagi seorang wanita untuk memiliki sepasang kasut tumit tinggi...

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja...

JOHOR BAHRU - Seramai 120 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas...

1,128 Penuntut Balik Kampung...

KUALA LUMPUR - Kumpulan pertama seramai 1,128 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) akan...

Rakyat, Ahli Politik Perlu Respons Positif Titah Agong

KUALA LUMPUR – Pengekalan status quo tidak ada ertinya jika rakyat, khususnya ahli politik tidak memberi respons secara positif, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye.

Lee berkata demikian susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu bahawa tiada keperluan untuk pengisytiharan darurat ketika ini dan status quo kekal.

Beliau berkata, Al-Sultan Abdullah telah menunjukkan jalan dan kini adalah masa untuk rakyat bertindak balas secara positif.

“Ini bukan masanya untuk cuba memenangi sesuatu bagi kepentingan diri sendiri. Sebaliknya, inilah masa untuk semua rakyat, komuniti perniagaan dan ahli politik berganding bahu menangani pelbagai cabaran yang dihadapi negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Lee juga berkata kini waktunya untuk bersatu dengan tujuan utama memastikan kestabilan negara kerana negara sedang menghadapi pelbagai masalah untuk ditangani, semuanya pada masa yang sama.


Al-Sultan Abdullah semalam bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Seri Paduka bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu, selain melihat situasi semasa di negara ini. – BERNAMA

Kategori