Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

3 Lagi Suspek SPRM...

KOTA KINABALU - Tiga lagi suspek yang ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Gempa Bumi Sederhana Di...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 7.1 pada skala Richter...

Tiada Saksi Berani Tampil...

SANDAKAN - Jabatan Hidupan Liar Sabah sukar menangkap pihak atau individu yang terlibat...

Dr Noor Hisham ‘Disunting’...

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang dinamakan antara doktor terbaik...

Ronaldo Disahkan Positif Covid-19

PORTUGAL terpaksa melupakan khidmat pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo pada saingan Liga Negara-Negara UEFA setelah pemain berusia 35 tahun itu disahkan positif (koronavirus) Covid-19.

Menurut Persekutuan Bolasepak Portugal (FPF), kapten pasukan berusia 35 tahun itu tidak menunjukkan gejala wabak berkenaan kini menjalani kuarantin seperti ditetapkan pihak berwajib.

“Ronaldo terpaksa meninggalkan sementara skuad kebangsaan Portugal bagi memulakan proses kuarantin selepas disahkan positif Covid-19,” kata kelab berkenaan.

Anak-anak buah Fernando Santos dijadualkan melayan kunjungan Sweden pada aksi Liga Negara-Negara UEFA di Lisbon awal pagi esok.

Ketidakhadiran peledak utama Juventus itu dijangka menjejaskan misi meraih tiga mata Portugal selepas terikat tanpa jaringan ketika menentang Perancis di Stade de France, Paris baru-baru ini.

Pada masa sama bekas peledak Sporting Lisbon, Manchester United dan Real Madrid dijangka terlepas mengetuai The Old Lady kendalian Andrea Pirlo dalam perlawanan Serie A, Sabtu ini diikuti saingan Liga Juara-Juara pertengahan minggu depan. – Agensi

Kategori