Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guru ‘Sengal’ Utus 36...

KARACHI ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Begitu kejam wanita ini, sanggup dia menghantar 36 pelajar perempuan di...

Permohonan Semak Perintah Reman...

Kuala Lumpur : Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik kekal direman empat...

2 Firma Malaysia Sedia...

KUALA LUMPUR - Dua syarikat Malaysia, Informinent Sdn. Bhd. dan TFP Solutions Berhad...

Masih Ingat Kah? –...

5 anak-anak kecil yang hilang ibu bapa kerana Covid-19. Arwah ayah mereka meninggal bulan...

Ronnie Liu Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew dibebaskan selepas dirakam keterangan berhubung status dimuat naik di media sosialnya yang mempunyai kecenderungan menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Ronnie Liu dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira 1 tengah hari tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.Ā 

“Kami sudah merakam keterangan beliau untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Ronnie Liu tiba di IPD Petaling Jaya jam 10.40 pagi untuk membantu siasatan sebelum ditahan polis.Ā 

Semalam, Harian Metro melaporkan Ronnie Liu antara empat individu disiasat berhubung isu menghina Seri Paduka Baginda.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dipetik berkata, siasatan itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman.

Menurutnya, satu siasatan dilakukan pada 21 Oktober lalu ke atas akaun Facebook Ronnie Liu kerana meninggalkan komenĀ Now In Bangkok, They Are Saying No To The King. – myMetro Online

Kategori