Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pencuri Perangai Pelik Kemaruk...

Seorang pencuri yang kemaruk dengan kasut dilapor mencuri kasut dari kaki wanita di...

Ambil Tindakan Ibu Bapa...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap...

Bantuan Prihatin Rakyat Fasa...

KUALA LUMPUR - Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan bermula Jumaat...

Netizen Minta Wanita Maki...

BERANG dikenakan saman kerana memandu di lorong kecemasan, seorang wanita tergamak memuat naik status...

Seorang Ahli Mesyuarat Di JPM Pada Sabtu Positif COVID-19

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang individu yang telah menghadiri satu mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lepas disahkan positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata individu berkenaan tidak mempunyai sebarang gejala dan kini telah dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada. 

“Pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan, termasuk saringan gejala dan pengambilan swab bagi pengesanan jangkitan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kontak rapat yang telah dikenal pasti diberikan Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan (kontak).

Beliau berkata semua yang hadir ke mesyuarat itu telah menjalani saringan kesihatan hari ini dan sampel diambil untuk ujian pengesanan jangkitan COVID-19.

“Mereka yang dikenal pasti kontak rapat semasa mesyuarat tersebut telah diberikan HSO selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober dan dipakaikan gelang pengawasan. 


“Ahli mesyuarat yang lain pula yang bukan merupakan kontak rapat dikehendaki memantau status kesihatan kendiri di rumah setiap hari selama 14 hari dengan menggunakan ‘home assessment tool’ (HAT) dalam aplikasi MySejahtera,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata mereka turut dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan.

Dr Noor Hisham memohon orang ramai agar tidak khuatir dengan kejadian berkenaan dan tidak membuat sebarang spekulasi. 

Katanya KKM akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai status jangkitan COVID-19 di Malaysia dari semasa ke semasa menerusi kenyataan media rasmi KKM, selain hebahan maklumat menerusi laman sesawang KKM http://covid-19.moh.gov.my – BERNAMA

Kategori