PEMANDU wanita Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, pada Sabtu didapati positif dadah.
Pihak polis memberitahu kepada media, dia akan disiasat di bawah dua akta yakni seperti berikut mengikut semakan Mynewshub:
1. Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Hukuman: Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
2. Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Hukuman: Penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000
Kalau didapati bersalah pun untuk kedua-dua dakwaan, kemungkinan besar hukuman akan berjalan serentak. Bermakna hukuman kes dadah akan tenggelam dalam hukuman APJ.
Tolak campur cuti + berkelakuan baik… Berapa tahun aje duduk penjara nanti?
Tu belum kira kalau silap hari pendakwa raya terfucked up kata mana-mana nanti… Harapnya tidak la.
So… Adilkah kepada pemandu Honda Accord yang tak buat apa-apa salah langsung?
Dia penuh disiplin dan patuhnya tunggu kat simpang kejadian.
Adilkah kepada anak-anak Allahyarham yang menjadi yatim begitu sahaja?
Adilkah kepada ahli keluarga Allahyarham yang lain?
Pandangan peribadi admin… Andai wanita itu dihukum maksimum 10 tahun… Itu mungkin ok sikit….
Tapi kalau setakat kena 4 atau 5 tahun… Sangat la tidak adil…
Penagih tak guna bawak keta macam setan… Sebabkan kematian orang tak bersalah….
Esok-esok anak isteri keluarga atau diri kita pun akan memandu atas jalan… dan berisiko bertembung dengan orang macam ni… Mahukah kita pula melalui ketidakadilan ini?
Mungkin polis pun takda pilihan dan akta yang lebih sesuai… Apa nak kata kan…kalau ada ruang, mesti mereka akan kenakan dakwaan yang lebih tegas. Namun itu sahaja ruang yang ada dalam undang-undang kita buat masa ini. Kita tunggu dan lihat sahaja la.
(Kemalangan kira-kira 9 pagi itu berlaku apabila pemandu Perodua Myvi melanggar tembok pembahagi jalan sebelum merempuh Honda Accord dan Proton Iswara di persimpangan lampu isyarat menghala Plaza Pelangi.
Akibatnya, Perodua Myvi dan Honda Accord terbalik.
Pemandu Honda Accord berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Proton Iswara berusia 78 tahun pula cedera).