KUALA LUMPUR – Keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini, akan memutuskan sama ada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin atau sebaliknya.Â
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman, menjelaskan keputusan itu akan dibuat MKT UMNO.
“Mesyuarat MKT malam ini lebih penting. Mereka akan putuskan. Petang ini kita bertemu saja,” katanya ditemui media selepas meninggalkan Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.Â
Semua Ahli Parlimen BN hari ini mengadakan pertemuan bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan mesyuarat itu mengumpulkan pelbagai pandangan Ahli Parlimen BN mengenai perkembangan terkini isu semasa politik termasuk mengenai kedudukan parti.
Katanya, turut disentuh keputusan Raja-Raja Melayu dan titah Yang di-Pertuan Agong mengenai darurat seperti diputuskan semalam.
“Bagus keputusan yang bijak,” katanya
Ditanya apa dibincangkan dalam mesyuarat BN: “Semuanya akan dibincangkan malam ini. Biasanya tindakan kita (UMNO) secara ‘enbloc ‘,” katanya.
Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, dalam pertemuan itu, Ahli Parlimen BN memberikan pendapatnya berkenaan kerajaan kewajaran untuk berunding semula dengan Muhyiddin.
“Ada juga yang menyebut ‘No Anwar’ ‘No DAP’. Mereka semua beri pandangan masing-masing,” katanya.Â
Difahamkan sebahagian Ahli Parlimen BN juga menyatakan sedia untuk menarik balik sokongannya kepada Muhyiddin. – BH Online