Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Azih Muda Umum Tanding...

KUALA LUMPUR - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih...

Polis Tahan Suami Isteri,...

GEORGETOWN - Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas dadah jenis ganja sebanyak...

Fasa 1 Program Imunisasi...

SERDANG - Kemajuan Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mencecah 99.7 peratus apabila...

SST: Bayar Sebelum 30...

PUTRAJAYA - Para peniaga yang telah berdaftar di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan...

Sukar Pulih Ekonomi Jika Moratorium Automatik Dilanjut

KUALA LUMPUR – Proses pemulihan ekonomi akan lebih sukar diurus malah boleh merugikan semua pihak sekiranya kemudahan lanjutan penangguhan bayaran balik atau moratorium secara automotik dilaksanakan semula, kata seorang penganalisis.

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ini berikutan proses memulihkan ekonomi negara itu sememangnya memerlukan suntikan dana, termasuk daripada institusi perbankan.

Malah, beliau menegaskan, jika pihak bank gagal menyalurkan dana kepada sektor perniagaan dan isi rumah pada kadar dan tempoh yang tepat, juga boleh menjejaskan proses pemulihan ekonomi terbabit.

ā€œPerkara seperti ini sudah tentu akan menjejaskan keyakinan para peniaga, pelabur dan masyarakat yang mana akhirnya akan merugikan semua pihak.

ā€œIni kerana hakikatnya,Ā institusi perbankan ini adalah nadi atau jantung dalam (menggerakkan) satu-satu ekonomi itu,ā€Ā kata beliau dalamĀ kolumĀ Tinta Minda diĀ laman sesawangĀ www.bernama.comĀ hari ini.

Menurut Mohd Afzanizam, pelaksanaan moratorium automatik secara berterusan juga dikhuatiri menyebabkan pihak bank sukar menyalurkan pembiayaan dengan lancar berikutan tahap kecairan atau mudah tunai rendah serta penyusutan modal selain boleh mengurangkan kutipan hasil jika dilaksanakan dalam tempoh yang lama.

ā€œAspek seperti modal yang mencukupi serta tahap kecairan tinggi adalah perkaraĀ pokok untuk institusi perbankan menjalankan perniagaannya.

ā€œDua perkara inilah yangĀ membolehkan pihak bank untuk terus memberiĀ pembiayaan kepada isi rumah dan para peniaga yang sekali gus dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara,ā€ katanya.


Menurut laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan — Separuh Pertama 2020 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini, peratusan isi rumah yang memilih untuk meneruskan moratorium automatik susut daripada 86.9 peratus pada April kepada 85.5 peratus pada Mei dan seterusnya 84.4 peratus pada Jun lepas.

Mohd Afzanizam berkata, data terkini pula menunjukkan ramai peminjam juga telah memilih untuk membayar balik hutang meskipun tempoh moratorium belum berakhir.

ā€œIni jelas menunjukkan bahawa tidak semua rakyat memerlukan moratorium kerana ada yang tidak terjejas dari sudut ekonomi berikutan penularan COVID-19,ā€ katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa moratorium itu turut memberi kesan sampingan seperti tempoh hutang yang lebih lambat untuk dilangsaikan – sesuatu yang ingin dielak ramai.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam menegaskan, sebarang langkah untuk memulihkan ekonomi perlu diteliti dari sudut kesan serta tujuannya.

ā€œSebarang bentuk bantuan perlulah menepati keperluan dan golongan sasaran bagi mengelakkan sebarang pembaziran terhadap sumber-sumber yang sememangnya bersifat terhad,ā€ katanya. – BERNAMA

Kategori